Saturday, April 25, 2009

Laporan

Perjumpaan hari ini bermula pada pukul 7.30 pagi.kami mulakan dengan latihan kawad untuk AJK dan ahli yang berminat juga turut serta kawad.hanya seramai 6 orang AJK sahaja yang hadir.diharapa perkara begini tidak berulang.kami mulakan gerko kami tepat jam 8.00 pagi.seramai 19 ahli sahaja ayng hadir.kedatangan tidak memuakan kerana banyak aktiviti sekolah berlansung pada hari yang sama.walau apa pun,ini tidak melemahkan semangat AJK untuk teruskan gerko.walaupun dengan jumlah yang sedikit gerko kami tetap meriah seperti 3 kali ganda ahli yang datang.terutama semasa aktiviti permainan dijalankan.tepat jam 8.30 kami habis menyanyikan lagu ikrar kedatangan dan sebagainya.Selepas itu,kami mulakan dengan pembelajaran dan pengajaran (P&P).kami mengajar SEJARAH BSMM dimana asalnya.siapa bapa palang merah dan tarikh-tarikh penting yang perlu diingat.Selepas itu,kami mulai bosan dengan P&P jadi kami dan semua ahli berkawad.walaupun kawad tapi ia sangat meriah dan seronok.seketika kemudian ex-senior yang namanya saya masih tak tahu pun datang semula.entah apa mimpi dia tiba-tiba jer nak datang.saya tidak memberitahu tentang kemenangan kami.kemungkinan besar dia dah tau sendiri kot.selepas penat berfikir untuk mendapatkan cara dan penyelesaian untuk mendapatkan kawad yang cantik lagi cemerlang,tepat jam 10.00 pagi kami rehat. sementara itu.saya dan beberapa ahli dan AJK lain turut membuat persiapan untuk water games.tepat jam 10.35 pagi kami mulakan game kami.tak payah cerita lah.memang meriah pun kalau bab-bab air ni.hahaha.pada jam 11.45 pagi kami bersurai dengan basah lencunnya dan kesejukan.

sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment