Friday, April 10, 2009

Jadual latihan kawad

Isnin.(RAPTAI)
13/4/09.
Pagi.
RC shirt.seluar sukan.kasut sekolah..(pakai uniform sekolah dulu sebab ada perhimpunan pagi)


Rabu.(RAPTAI PENUH)
15/4/09.
Pagi.
Uniform lengkap.(pakai dari rumah)


Rabu.(latihan terakhir)
15/4/09
Petang.
2.30-4.30 petang
pakaian baju sukan biasa sahaja.


Kalau ahli ada hal.sila lah batalkan.SEKALI jer weii.rabu petang tu jer.last kita berlatih.harap2 dapat menang tempat pertama.formasi kita dah cukup baik.cuma perlukan latihan yang betul.okay sekian.

Wednesday, April 8, 2009

Notice Board SALAH INFO!

ini betul-betul punya.bukan cobaan.
okay.
besok sebenarnya latihan pukul 4-6
tapi sapa yang boleh datang awal silakan datang.
kita akan marching jugak.tapi latihan yang betul2 start pukul 4.
komander ada hal tetiba.sampai pukul 3.30.so 3.30 pengerusi turun bawah la tengok korang.
korang dah besar kan.pandai-pandai la marching sendiri kalau nak menang.marching jer dulu formasi tunggu raptai ataupun besok kalau semua ada.

sekian.

Tuesday, April 7, 2009

Red! Crescent! Go! Up!

tadaa.
laporan latihan kawad.
latihan bermula pukul 8-10 pagi.
perancangan dah tersasar jauh SIKIT.
sepatutnya nak ajar formasi terus tapi kawad masih hancur.tapi tak la sehancur unit uniform yang ada.tapi kalau tengok-tengok balik.BSMM la yang paling okay marching.yang lain macam....ermm.ntahlah.ape-ape pun BSMM boleh menang.hahahaha(syok sendiri)

okay.
kawad semakin bagus.tapi berlebih orang.jadi yang lebih tu kami jadikan simpanan.takut ada yang pengsan pulak.keseluruhan matlamat tercapai laa.ahli dah pandai marching.ada harapan nak menang walaupun tipis.formasi okay laa.tap masih belum cantik.ye la.formasi pun buat pukul 9.20 sampai pukul 10.00 memang tak lawa sangat la.

erm.formasi BSMM tahun ini akan buat dua formasi
1. bentuk "V" dan pecahan2 dia.
2. lambang bulan sabit dan palang merah.
jadi setiap formasi satu minit.harap2 sempat laa.lebih sikit 2-3saat tu boleh laaa.tak macam unit uniform XXX nie.lebih 2 minit plak.padan muka takde markah nanti.kalah laaaa! hahaha.


PS/latihan hari khamis ini berjalan seperti biasa.jika hujan.batal secara automatiknya.sekian

Saturday, April 4, 2009

KAMBATE!

PERHATIAN!!!!!

Satu sesi LATIHAN KAWAD KAKI akan diadakan pada

8.00-10.00 pagi
Padang sekolah SMKSP
Pakaian RC Shirt dan seluar sukan serta kasut SEKOLAH.
diharap semua AHLI PERBARISAN dapat memberikan komitmen.
SEKIAN

Latihan

Pada 4.4.09 satu latihan kawad telah diadakan.
seramai 34 ahli telah hadir latihan kawad pada hari ini.
Ex-senior Xin Yun.Voon Teng.dan Exxxxxxxxxxxxxxx senior iaitu 10 tahun lepas datang.
tak tahu la sapa nama dia.apa post dia dulu.yang pasti dia AJK laa.

ermmm.
Keseluruhan,semua nya berjalan lancar,ahli yang tidak tahu kawad pun dah pandai dan boleh laa.lulus laa.belum cemerlang lagi.

keputusan yang dicapai.
Bendera-ASL Brian lee
Sepanduk-Mei Mei
Komander-HSL Shahizwan

tiada komander kedua.alamakk.takpe lah..mintak kebenaran cepat-cepat.hahaha.boleh settle.jangan risau.

dan satu peperiksaan kenaikan pangkat juga sedang diusahakan.Ingatkan nak buat sendiri soalan semua.tapi Weng Yee bagi idea suruh mintak dekat pejabat BSMM.So kena pergi pejabat tu dan tanya laa.boleh ke tak.Kalau boleh start from this year korang akan jadi AJK dan AHLI yang DIIKTIRAF laa.tak payah pakai 'cover' pun takpe sebab korang dah dapat sijil.Tapi sapa yang kurang keyakinan tu kena pakai laa dan siapa yang GAGAL peperiksaan WAJIB pakai 'cover'..Seronok kan dapat jadi AHLI yang diikitiraf??kenapala dari dulu tak dijalankan.Nanti Hari Kenaikan Pangkat mesti gilang-gemilang punya lah! tapi semuanya masih dalam proses laa.jangan la terlalu mengharap.hehehe.

Friday, April 3, 2009

SALAH!

ESOK perjumpaan AHLI PERBARISAN SAHAJA!

ahli biasa TAK PERLU HADIR.
harap maaf atas segala kesulitan dan perubahan yang di hadapi.

sekian.

Thursday, April 2, 2009

JOM!

Satu perjumpaan akan diadakan pada

Sabtu
4/april/09
8.00-12.00
RC Shirt
Tapak Perhimpunan

Ahli perbarisan dan ahli biasa WAJIB HADIRkan diri.sekian